Friday, 1 July 2011

Beatiful Shatters of Glass.

Cerita ni ada unsur2 jiwang. sapa yang tak berminat, jangan baca.

aku ada potong sikit jalan cerita. sebab full story nya belum siap lagi.

Coretan ini adalah kisah benar dan pengalaman sendiri. =)

Pada beberapa hari lepas masuk PLKN, saya nmpak awak, saya malu nak tegur awak sebab saya ni pemalu.=| Saya susah nak berbual dengan perempuan yg saya tak kenal sebab saya takut nnti saya ada buat silap dan diketawakan. saya pun terpaksalah tidak menegur awak. Ada satu hari tu, cikgu cari orang untuk buat persembahan dekat PICC. Saya nampak awak masuk, jadi saya teringin sangat nak masuk, tapi masa tu saya malu.=| kemudian, pesertanya dah cukup. Saya terpaksa senyum je tengok awak masuk. Namun, saya tak putus asa, sebab selang beberapa hari lepas tu, cikgu cari lgi peserta sebab nak meramaikan lagi peserta yg buat tarian. dengan semangat dan bertenaga saya cepat2 kedepan=). Saya taknak lepaskan peluang. cukuplah hanya sekali. lepastu dalam tarian tu, awak masuk kump tarian kipas. kalau boleh saya nak masuk sebab nak sama dengan awak, tapi itu untuk perempuan sahaja. jadi saya masuklah group yg banyak kawan saya. saya masuk tarian Sabah iaitu tarian igal2.

Bila masa latihan, kumpulan sya pulak ditakdirkan untuk buat persembahan berhadapan dengan group awak. saya nampak awak bersemangat untuk buat persembahan tu. saya selalu jugak tengok awak sebab saya takut kalau awak terjatuh masa buat persembahan boleh la saya sambut awak.*mak aih, over plak* haha..=) Ada satu hari lepas latihan, saya nampak awak berdiri sorang dekat tepi tiang. kawan2 awak tengah borak jauh sikit dri awak. saya pon tak nak terlepas peluang. saya terus pergi kat awak dan tanya nama awak. awak senyum. tapi awak tanya nama saya balik. saya bagitahu nama saya. kemudian awak bgitahu nama awak. waktu tu saya gembira sgt sebab dapat tahu nama awak. pastu, masa cuti chinese new year saya sedih sebab saya x dpt nak tengok awak lgi dlam 1 minggu,>.<" ntah macam mana saya tiba tiba teringat dekat awak masa raya cina tu, jadi saya sms awak cakap happy chinese new year. Saya tak sangka pulak yg awak akan balas sms saya. masa tu saya suka sgt sebab awak blas sms saya. saya pun terus sms dengan awak untuk kenal siapa awak sebenarnya. pastu saya tetiba je tanya boyfriend awak tak marah ke saya sms awak. pastu awak jwb yg awak baru aja break up dan tak nak cakap pasal dia lagi. saya pun okaylah sebab saya takut nanti awak benci saya kalau saya tanya pasal boyfriend awak. lepastu saya ada ajak awak keluar pergi KL. awak cakap okay sebab awak nak pergi KL jugak masa tu. tapi malangnya tiba tiba kawan saya datang mintak tlong untuk tidur rumah dia sebab kawan dia lagi satu dah janji tapi ada hal yg lbih penting.kawan saya ni takut sebab bapak dia kata, bawak kereta tu, mesti paling kurang pon bawak sorang kawan balik sebab dia dari jauh. saya terpaksa batalkan janji sya ngan awak. saya kta kt diri saya, takpalah. mungkin bukan rezeki sya lagi.

Pastu awak ada janji dengan saya untuk tukar hadiah dengan saya. Saya tak tahu nak bagi awak apa sebab saya tak ada barang2 perempuan. tapi saya tetap cari hadiah untuk awak. lepas habis cuti raya cina, saya gembira jugak sebab dpatla tengok awak balik. Tapi awak balik lambat beberapa hari sebab awak ada buat upacara sembahyang. tapi saya tak kisah sebab awak akan datang jgak dekat kem. kemudian, selang beberapa hari, awak balik. sya sgt gembira tengok awak.=) pada malam esoknya awak bgi hadiah yg awak beli dekat saya lepas dripada taklimat. hadiah tu comel sangat >.<" sbnarnye saya malu nak letak hadiah tu kt tempat sya sebab hadiah tu comel dan saya takut kawan2 saya ejek saya. tapi saya tak kisah sume tu. saya tetap letak hadiah awak dekat atas katil saya sebab tiap tiap hari saya boleh tengok hadiah yg awak bagi tu.

Lpastu.. yg tarian, latihan punya latihan.. smpailah dekat beberapa hari sebelum tarikh sebenar. ada dua hari rehearsal sebelum hari sbnar. waktu rehearsel hari pertama, masa seblum naik pentas, awak beratuur blakang saya. awak suka main cucuk pinggang saya sebab awak suka bila tengok saya terenjut2. sya malu nak tegur awak sbnarnye. tapi saya tak kisahlah. saya biarkan awak cucuk2 saya. Pastu tetiba cikgu sruh bersedia. Awak terus gelabah-gelabah beratur belakang saya. Saya senyum ja. Kemudian tamatlah rehearsel hari pertama tu..

Besoknya, ada rehearsel untuk hari yg kedua. yg specialnya, hari ini kita suma kena pakai full uniform untuk tarian tu. saya pkai baju hitam corak2 emas sikit. saya rasa agak kekok pakai baju tu sebab saya memang tak pernah pakai baju negeri Sabah sebelum ni. Saya sangat terpegun bila awak pkai cheongsam dengan full make up. sangat cantik. lagi2 bila awak beratur belakang saya. saya kalau boleh nak beratur pandang belakang ja. tapi saya malu. ramai orang tengah beratur tu. dan harini juga awak asyik cucuk2 pinggang saya. saya tak kisah pun awak buat mcam tu asalkan awak gembira. Saya suka tengok bila awak senyum2 dekat saya. nanti saya pon rasa gembira sangat. kemudian, harini terasa macam cepat ja masa berlalu. tau2 je, rehearsel dah habis. kena balik kem. :( tapi saya tak kisah sebab saya boleh tengok awak dekat kem malam-malam lepas kira strength(kira ahli dorm).awak selalu pergi makan lewat sikit sebab ramai org serbu kaunter makanan tu lepas kira strength tu. so, saya dapatla tengok awak sekejap.. lepastu saya balik dorm untuk bincang dengan ahli dorm psal baju dorm yg kitorang dah memang plan nak buat.

Kemudian, pada hari persembahan tarian satu Malaysia yg dibuat depan Rosmah Mansur dkat PICC, awak nampak cantik sangat. apa yg bole saya buat hanyalah luahkan perasaan dlam perasaan saya ja. :| pastu sebelum beratur untuk buat persembahan tu kan kita kena tunggu dkat dlam conference room dalam 2 jam jugaklah. bilik tu sejuk sangat. saya menggigil duduk dlam tu smbil borak2 dengan org lain. then, time beratur tu kan saya berdiri depan awak. pastu awak nampak saya menggigil. awak suruh tunjukkan tapak tangan saya. pastu saya tunjukkanla tapak tangan saya. putih. memang putih melepak. pastu awak kuarkan tangan awak then awak sentuh tapak tangan saya dengan jari telunjuk awak. lpastu, entah macam mana saya dapat kuasa mistik mana tah. saya terus pegang lengan awak. pastu awak buat muka terkejut. saya pon terkejut jugak. sebab apa saya buat mcam tu. pastu awak cakap sejuknyaa. saya ingat awak nak marah saya. rupanya awak tak kisah. tapi saya cepat2 lepaskan tangan saya. saya rasa malu sangat. sampailah naik dekat atas pentas tu. saya rasa lain macam ja. nasib baik masa buat persembahan tu saya buat dengan baik ja smpailah abes.

Lepas daripada persembahan tu, kita dah makin kurang berjumpa. tapi awak rajin sms dengan saya. walaupon saya maxis dan awak digi. saya pon jenis tak berapa nak kisah dengan topup bila sms dengan awak. Then, lepas pada hari persembahan tu, awak still cucuk pinggang saya dekat dewan makan bila awak lalu belakang saya. awak memang nakal + aktif. awak penah sms ngan saya awak kata dulu awak main basketball. awak aktif.selalunya, masa awak cucuk saya tu, kawan2 sebelah saya semuanya perasan. mula2 diorang macam pelik jugak tapi tak kisah sangat. tapi bila lama2, diorang cakap saya mesti ada apa2 dengan awak smpaikan setiap kali awak lalu belakang saya, mesti awak cucuk saya. smpailah dekat sebulan saya sms dengan awak + insiden awak cucuk saya.

Pada malam tu, barula saya dpat keberanian sikit untuk tanya awak. itupun saya gagap2. saya tanya awak, will...you...be...my...girlfriend.. ? pastu awak diam ja terus. agak lama jugak la saya tunggu jawapan dari awak. awak diam dalam 2 minit macam tu. saya tetap tggu awak jwab. lepastu tetiba awak cakap yes. lepastu saya saja buat2 tak dengar dan saya tanya awak skali lagi. pastu awak kata yes lagi. masa tu, saya rasa gembira sangat2. smpaikan bila lepas ja awak cakap yes tu, saya diam kejap, pastu tetiba je suruh awak tido. awak pon ikut je ckap saya. malam tu saya tido lambat sebab asyik terfikir psal call tadi tu. rasa macam tak percaya pon ada. esoknya terus saya bangun lambat. saya tengok phone, ada msg awak. saya baca, tapi saya balas macam nak tak nak aja. tapi saya tetap layan sms awak.

Sejak dari tu, Saya jadi boyfriend awak smpai la abes PLKN.Awak ada cakap dengan saya, lepas PLKN nanti adakah saya akan tinggalkan awak ? saya pun jwab la dengan yakin yang saya tkkan tinggalkan awak. awak tanya mcam tu sebab awak cakap dekat PLKN tu banyak yang jadi boyfriend untuk 3 bulan ja, lepastu sumanya hilang tah kemana. awak takut saya jadi mcam tu jugak. tpi lepas saya jwab tu, awak kata awak percayakan saya. pastu, saya ajak awak keluar. awak kata awak memang nak keluar ngan saya. Saya pun keluarla dengan awak. saya tengok awak, memang gembira je sepanjang hari. dan awak jugakla buat saya ceria dan gembira haritu.

Sampailah kita keluar untuk hari yang kedua dekat KLCC. Pagi tu awak ceria je. gembira lagi bila tengok saya datang dekat awak dekat entrance KLCC tu. then, saya ajak awak pergi tengok wayang. lepas tengok wayang tu, kita jalan2. pastu tetiba awak tersedar yg camera awak dah takda. awak cek dalam handbag awak tapi takda jugak. pastu saya tolong cek kan handbag awak. tapi masih takda. start daripada tu, muka awak dah lain macam. mcam nak nangis dah. sebab camera yang awak bawak tu, mak awak punya. awak kata dlam camera tu byak gambar untuk kerja2 mak awak. kalau hilang, mesti awak kena marah dengan mak awak. pastu awak kata awak nak duduk. saya cari tempat duduk untuk awak. pastu bagi awak duduk. awak duduk termenung dengan muka sedih je. saya pon tak tau nak buat apa. saya cakap la yang camera tu hilang bukannya 100% salah awak sebab awak dah letak camera tu dalam handbag awak. tapi awak tetap salahkan diri awak sebab awak kata awak careless. saya tetap pujuk awak sebab saya taknak bagi awak sedih. pastu saya ajak awak jlan2 dulu dekat luar KLCC tu. tapi malangnya bila keluar ja KLCC tu, hari hujan. saya duduk tepi ja dengan awak.

Lepastu, tetiba je dengan muka sedih awak, awak cakap I have two hearts now. saya pun mcam pelik jugakla. 2 hearts ? saya tanya la apa maksud awak ? dia cakap dia fall in love dengan 2 orang sekarang. saya pun macam terkejut gila. saya tanya kenapa tetiba ja 2 hearts ? pastu awak kata Malam sebelum date kita yang kedua tu, ex-boyfriend awak ada call awak. dia kata dulu masa awak tinggalkan dia tu, ada salah faham. dia kata family dia pon rindukan awak sebab dah lama tak jumpa awak. masa tu, saya rasa sedih sangat. tapi bila awak ceritakan benda tu suma, saya mampu senyum ja. saya taknak sedih depan awak sebab awak dah memang cukup sedih sebab hilang camera mak awak tu. then, saya kata, takpalah. awak punya heart. awak buatlah keputusan. tapi awak kata awak sayang saya ngan dia. kalau boleh awak nak dua dua. tapi saya kata mana boleh. awak kena pilih salah seorang. masa tu saya nampak awak menitiskan air mata. tapi saya buat2 tak nampak ja. awak cepat ja kesat airmata awak tu. awak kata itulah decision paling susah sekarang. sebab awak takut untuk lukakan hati sapa2. kalau boleh awak taknak salah sorang sedih.

Saya kata kat awak, takpalah. kalau awak nak pilih dia, awak pilihlah. saya tak kisah. sebab saya dengan awak baru lagi. walaupun saya syg awak sangat2. kalau itu yang awak nak. saya akur ja dengan keputusan awak. sebab saya taknak cinta disebabkan paksaan. selagi awak jujur dengan saya, saya tetap terima apa keputusan awak. lagipun, awak mesti rindukan ex-boyfriend awak sebab dengan satu call pada malam sebelum date kedua kita itu pun dah boleh buat awak untuk consider balik cinta awak dekat dia dan lagipun family dia pun dah lama kenal awak. saya tau awak mesti cintakan dia sangat2. awak kata awak taknak pilih jugak. kalau boleh awak nak dua dua. sebab walaupun saya dengan dia berbeza, tapi cara layanan saya ngan dia dekat awak memang hampir2 sama. lepas beberapa minit dlam diam.. saya ajak awak untuk pergi makan. awak akur ja. saya belanja awak makan. tapi awak makan tak habis. awak kata awak takda mood nak makan lagi dah. lepastu saya ajak awak balik. saya nak awak balik cepat2. saya taknak awak sedih dengan saya. walaupun saya asyik senyum ja dengan awak. awak pun ikut ja ckap saya. tapi sebelum awak balik saya ada pesan dekat awak untuk buat keputusan cepat. lagi cepat lagi bagus. saya tak kisah awak pilih saya atau dia. kalau awak pilih saya, saya lakukan yg terbaik untuk awak. tpi kalau awak pilih dia, saya tetap terima jugak awak punya keputusan.

Bila dah balik, malam tu awak langsung tak msg saya. saya pun tak msg awak. saya nak msg awak, tetiba malam tu saya tak tahu nak cakap apa lagi. sampailah esok paginya. saya msg awak selamat pagi. awak jawab pun nak taknak ja. last2 saya ambil keputusan untuk call awak. saya call awak. saya suruh awak buat keputusan masa tu jugak. saya taknak tangguh2 lagi. saya taknak perasaan saya bermain2 & melayang2 mcam tu ja. lama awak fikir dan last2 awak pilih dia. pastu saya tanya kenapa ? awak jawab sebab dia dah berubah. bukan berubah lbih jahat, tpi berubah jadi lebih baik. saya pun okay ja dengan keputusan awak. saya taknak tanya banyak sebab apa ? saya ni tak ckup baik ka ?. semua persoalan tu saya biarkan. saya cakap saya okay dengan keputusan awak. (wlaupun time tu da nangis) *apalaa laki pon nangis ka. lepastu saya terus tukar topik. saya tanya awak dah makan ke belum.. awak kata awak tak lalu makan pagi tu.. awak tanya lagi saya okay ke dengan keputusan awak. saya tau awak amik berat pasal saya. saya tau awak memang taknak lukakan hati saya. tapi awak terpaksa. lagipun saya yang nakkan jawapan dari awak secepat mungkin. saya jawab saya okay ja. dan saya terima keputusan awak.

Malam tu, saya call awak lagi. saya cakap kat awak terima kasih sebab selama ni mengajar saya mcam mana nak jadi boyfriend yg baik sebab awak la girlfriend saya yang pertama. sebab tu saya menulis entry ni. haha. pastu, saya denga awak teresak-esak. saya tanya awak menangis ke. lepastu awak jawab yang awak sedih dan gembira sangat sebab wlaupun awak dah tinggalkan saya tapi saya tetap terima kasih dekat awak dan sudi jadi kawan dengan awak sahaja. awak kata saya tetap call awak wlaupun awak dah break dengan saya. masa tu nada awak memang nada org menangis. tersekat2. saya pon tak tau nak kata mcam mana. saya kata, dahla. awak break dengan saya bukannya saja2. awak yang buat keputusan. saya rasa itu yang terbaik untuk awak. saya pun baru belajar jadi boyfriend awak. mesti lagi banyak kesalahan yang saya akan buat. awak janganlah menangis. by the way, awak nampak hodoh semalam bila awak menangis. pastu awak marah saya dan kata saya jahat. saya gelak ja pastu awak pun tetiba ja gelak. masa tu saya rasa awak dah okay kot. so, saya pun tanya la bape2 soklan pastu baru hang off phone tu.

=)

10 comments:

nrz said...

zzzz. =.='' haha

RS. ART COLLABORATIVE said...

Yg pergi tetap pergi, yg baru mesti aka datang :))

Farhan said...

ahaha. insyaAllah bani.

Anonymous said...

hihihi

Anonymous said...

die bace ke ni paan?

Farhan said...

siapa dia ?

. said...

ohoho~~~

Unknown said...

sangat lwak..HAHA
mengingatkan aku kat plkn..
sob sob..:(

Farhan said...

haha. :)

Amira Anorah said...

paan..~~omgad